9.30 pagi
aku pergi pam tayar. periksa air. ok. tapi nak tambah nilai touch N go, sistem rosak. perjalanan bermula. aku, daihyou, fizah, amira dan aya. kebetulan hari nih ulang tahun kelahiran fizah. perjalanan sebagai hadiah. selamat hari jadi. pergi mana. lupa bagi tahu. maaf. pergi zoo negara. jauh. kat UK. huhu. Ulu Kelang. kenapa pergi zoo negara? kenapa ek? huhu. masih dalam misi nak selamatkan beliau. sambil menyelam minum air. sambil terbang hirup angin. perjalanan melalui ELITE, KESAS dan MRR2. takde jalan kampung. semua lebuhraya. jadi kena banyak bayar tol. takpe, janji beliau selamat.
10.30 pagi
sampai di zoo negara. banyak berubah. dulu selalu pergi. masa zaman muda-muda. huhu. dulu tinggal kat Setapak. dekat je. sampai je terus cari pejabat zoo negara. tanya abang jaga. suruh jumpa pula mak cik jaga. lagi!!! pergi cari mak cik jaga. yang jaga sebelum masuk pejabat. cerita pasal beliau. mak cik jaga mula kata tak boleh. berikut sebahagian kata-kata mak cik jaga. perbualan penuh di dapat di tulis kerana bimbang berunsur dendam. (kata-kata dalam kurungan adalah bisikan hati aku. huhu)
"tak boleh nak ambil haiwan dari luar. (semua haiwan ternak sendiri kat dalam zoo ke). sebab sebelum nih ada kes. bawa haiwan dari luar yang ada penyakit. lepas itu, berjangkit kat haiwan lain. nanti habis semua mati. (takkan tiada doktor). kalau nak juga hantar, hantar kat pejabat PERHILITAN kat Cheras. (ingat Cheras tuh dekat ke). mak cik memang tak boleh tolong. kalau mak cik bagi tahu orang pejabat pun, mereka akan marah mak cik......"
sebenarnya banyak lagi. ini sebahagian sahaja. lebih kurang. aku dah mula bengang. inikah akibat sistem birokrasi? semuanya mesti melalui prosedur. apakah zoo negara dan PERHILITAN musuh ketat. tiada saluran ke antara mereka. cuma ada satu cara lagi. doktor Selavvan (sebenarnya Dr Velayan. aku salah ingat). ni doktor yang diperkenalkan oleh doktor haiwan yang dari shah alam tu. bekas pengarah zoo negara. aku telefon doktor. tanya alamat. rumah doktor kat belakang zoo. cari rumah doktor.
(sebenarnya kami dah letak kereta kat dalam zoo. jadi bila nak keluar mesti bayar rm4.20. minta jasa baik kakak parking. tapi tak bagi. huhu. sedih nya)
11.00 pagi
No 10. jalan L2 Taman Melawati
nak cari jalan L2 pun susah. mula-mula jumpa jalan L1. tiba-tiba dah L8. tapi nasib baik jumpa juga. rupa-rupanya tempat tu adalah tempat yang kami dah berhenti kat situ untuk baca sms. huhu. kelakar. cari jauh-jauh tapi benda dah depan mata. jumpa dokto Velayan. masa tu ada tetamu lain. bawa burung nuri kot. cantik. sedang buat pemeriksaan. doktor baik. layan mesra. selalu buat lawak. suka kongsi maklumat pasal haiwan. satu ayat yang seronok dari doktor,
"kalau kamu nak bagi haiwan makan, kamu kena makan makanan haiwan tu. baru kamu rasa apa yang haiwan tu akan rasa. kalau tak sedap memang patut haiwan tu tak makan. tapi kalau sedap baru kamu boleh paksa haiwan tu makan"
maknanya aku kena ke makan makanan chemong. oh tidak. chemong seronok je makan. sedap la kot. macam-macam perkara dapat belajar dari doktor. pasal burung. mengenai beliau pula, doktor kata beliau dari spesis quail. burung pemakan serangga. dah besar. tiada kecederaan serius, cuma kelaparan. bagi buah epal hijau. tak nak. masam kot. sumbat dalam mulut. akhirnya... makan ke tak ha? lupa pula.
semua yang terjadi penuh hikmah dan kejutan. doktor kata doktor akan rawat dan kami kena bawa balik semula beliau ke rumah sehingga beliau sihat. alamak. kami pelajar. masa tidak mengizinkan. sangkar tiada. tapi kasihan kat beliau. beliau hanya perlu masa untuk sihat sepenuhnya. kami bimbang. macam mana nak buat ek?
"saya ada satu sangkar kosong. besar juga. boleh la saya letak kan burung tu dalam sangkar. biar pintu sangkar terbuka saja. nanti burung tu dah sihat, biar burung tu terbang keluar sendiri"
terima kasih aunty. nasib baik ada aunty tuh. baik. dan ada sugar glider. huhu. aunty tu tetamu doktor juga. datang buat pemeriksaan sugar glider. kerana aunty tu, nasib beliau terjamin. masa depan beliau cerah. kami dah tak bimbang. doktor pun kata,
"kamu pelajar. tak payah bayar harga ubat dan rawatan ke atas burung nih"
terima kasih doktor. kami lega. seronok. lega pula main sugar glider. tangkap gambar. bising. dan......
"kamu semua ni bising la. macam orang dari hutan. inikan tempat rawat haiwan. mana boleh bising!"
upss. shing.... semua senyap. doktor marah. kami keluar. terima kasih doktor. pakai kasut dan pergi ke kereta. haha. kena marah. padan muka. tapi kami tak kisah. janji seronok. memang patut kena marah. terima kasih doktor dan aunty tu. terima kasih juga pada Diction (nama sugar glider tu kalau tak silap). harap beliau selamat. dan dah boleh terbang bebas. jangan lupa doa kan kami. harap beliau ingat kami. huhu.
masalah selesai. mari ke zoo. hadiah menarik menanti fizah. huhu.
ini bukan pertama kali aku menjadi mangsa birokrasi atau ketidakbertanggungjawab nya manusia. bila la perkara nih boleh menyenang kan semua orang. katakan kalau beliau tuh bukan burung. mungkin seekor ular sawa. atau sesuatu yang lebih bernilai dan boleh mengaut keuntungan. adakah perkara sama akan berlaku?
bukan untuk menujuk. bukan untuk bangga. bukan nak jadi orang paling baik. hanya sebagai insan biasa. perlu ada rasa belas dan kasihan pada haiwan. mereka ada hak pada kehidupan. mereka ada tempat di dunia ni. mereka ada bahagian rezeki dari Allah SWT. sayangi haiwan.

4 comments:
nice:)
nak bela burung tu.
Thanks izat untuk laporan kisah "beliau" ini.Saya sangat terharu (T-T) dan sangat bangga dengan semangat waja kamu semua! walaupun banyak rintangan dan kesusahan, saya pasti kamu semua telah mendapat sesuatu yang sangat besar dan tidak ternilai dari pengalaman ini kan.
P.S: Happy Birthday Fizah! Best juge sambut birthday di zoo dengan kawan2 ye :)
like∞!!!! haha~
sugar glider tu yg tupai kecik tu ke??
Post a Comment