masa 8.00 pagi
arini, mira, fiza datang kat aku. wajah mereka kelihatan sedih seakan marah. cuak pun ada. mereka cakap sesuatu. aku tak berapa nak faham. mereka cakap lagi. baru aku faham. oh, burung. burung apa? huhu. burung cedera. depan kelas Y. kami ke sana untuk melihat burung. sungguh kasihan. tapi burung nampak garang. walaupun sebenarnya ketakutan. sekeliling banyak gagak. hinggap tepi jendela. bukan la. atas atap. aku pegang beliau (burung tersebut). gagak marah. gagak berbunyi sambil beterbangan. aku pelik. teruja pun ada. macam dalam cerita Harry Potter pula. fiza cari kotak. aku angkat beliau dan masukkan dalam kotak. bawak masuk kelas. mizuno sensei kat belakang. kena cepat masuk kelas. kelas bermula.
masa 9.30 pagi
aku jenguk beliau. tiba-tiba beliau terbang ketakutan. aku cuba pegang beliau. beliau menjerit. jeritan nyaring. kuat. semua orang terkejut dan teruja. burung siapa? huhu. beliau duduk dalam kotak. sehingga kelas habis. amira bawa balik TBP.
masa 3.30 petang
aku dan mira mencari jabatan haiwan. nak hantar beliau. untuk rawat dan jaga beliau. jabatan haiwan dekat seksyen 15. tapi 2 kali pusing-pusing baru sampai. depan bangunan ada mak cik jaga. berbual mesra dengan mak cik jaga. seronok.
"dik, nak jumpa doktor ke? pagi je. petang takde," kata mak cik jaga.
"saya ada jumpa burung cedera, jadi nak bagi kat jabatan haiwan. sebab burung ni macam burung liar. ada sesiapa yang boleh saya jumpe," aku kata.
"takde la dik. memang takkan ada sesiapa yang nak ambil." balas mak cik jaga.
"habis macam mana dengan burung nih. dia cedera. kat sini takde tempat untuk simpan dan boleh bagi makan kat burung ni tak?" aku tanya.
"takde la dik. kalau tinggal kat sini pun takkan ada orang nak jaga," nada mak cik macam marah.
"kan nih jabatan haiwan. kena la bertanggung jawab. lagi pun haiwan ni bukan milik persendirian. haiwan liar. takkan saya nak hantar orang lak kat sini. mestilah nak hantar binatang yang bermasalah." tegas aku.
"tak boleh dik......
"ok la mak cik terima kasih"
aku pun beredar dengan perasaan tak puas hati. bengang sangat. nih jabatan haiwan ke jabatan mak cik jaga. marah-marah. dapat maklumat dari fizah. ada klinik haiwan dekat TTDI JAYA. pergi mencari. hari jumaat kereta banyak. redah sahaja. sampai juga. nasib baik doktor baik. memang dia tak nak terima beliau sebab tiada tempat simpan. aku faham. tapi doktor bagi nombor bekas pengarah zoo negara. aku lega sedikit walaupun beliau masih belum dapat diberikan ubat. terima kasih doktor. balik TBP. beli tembikai susu. bagi makan kat beliau. beliau tak makan pun. beliau terpaksa tunggu lagi. esok akan menentukan segala nya.
bersambung.....

2 comments:
knape bersambung?
adehh mana sambungannya?
Post a Comment